Thursday, June 16, 2005

Bahasa Melayu tercemar dengan kata-kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris!!!!

I will now write an article in Malay just to test whether my A2 is justified.....

"Bahasa Jiwa Bangsa". Rangkai kata yang tidak asing untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Rangkai kata ini cukup mudah, tetapi isi yang tersirat disebalik tiga perkataan ini mampu membangkitkan sifat patriotisma yang tidak ada nilainya dikalangan rakyat Malaysia.
Sejak kebelakangan ini, Bahasa Melayu-jiwa bangsa Malaysia...semakin tercemar dengan kata-kata pinjaman daripada bahasa-bahasa asing terutamanya bahasa inggeris. Artikel-artikel dalam majalah, dan rancangan-rancangan yang disiarkan dalam televisyen tidak henti-henti menggunakan bahasa melayu yang tercemar dengan kata-kata pinjaman dari bahasa inggeris. Rangkap kata seperti "Saya cinta you" dan "I memang sayang akan you" digunakan dengan meluas oleh drama drama melayu dan penggunaannya telahpun tersebar ke setiap rakyat yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama merreka(cuma orang melayu sahaja!!). Memang tidak dapat kita nafikan yang setiap bahasa dalam dunia ini perlu menggunakan kata-kata pinjaman untuk bahasa mereka. Sebagai contoh, di Australia, kata-kata seperti "bok choy" dan "dim sim" digunakan dengan meluas. Satu lagi contoh ialah artikel ini. Dalam dua perenggan ini sahaja, pelbagai kata pinjaman telahpun digunakan. Masalah dengan penggunaan kata pinjaman ialah, penggunaan yang berlebihan sehingga ciri-ciri bahasa melayu hilang entah kemana. Masalah penggunaan kata-kata pinjaman ini begitu meluas hingga hampir setiap perkataan inggeris yang biasa digunakan telah pun diambil sebagai kata pinjaman dalam Bahasa Melayu.
Peranan media massa dalam penyebaran penggunaan kata-kata pinjaman tidak dapat dinafikan tetapi juga tidak dapat dipersalahkan seratus peratus. Bekas Perdana Menteri Malaysia (*respect) Tun dr mahathir memperkenalkan perkataan "bajet" ketika membentangkan bajetnya yang terakhir pada tahun 2003. Peranan guru disekolah juga merupakan faktor yang besar dalam isu ini. Tidak akan saya lupa nasihat yang diberi oleh guru saya sebelum peperiksaan Bahasa Melayu SPM. Nasihatnya ialah, "Guna sebanyak mungkin kata-kata pinjaman dari bahasa inggeris dalam karangan kamu kerana kata-kata ini akan memberi pandangan positif kepada pemeriksa". Tentulah saya akan mengikut nasihat guru saya. Mungkin nasihat inilah yang telah berjaya mendapatkan saya A2 dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Tidak ada siapa yang tahu. Apa yang diketahui ialah, kata-kata pinjaman dari bahasa inggeris kini diberi status yang lebih tinggi daripada perkataan melayu yang sah.
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka lebih 20 tahun dahulu adalah dengan objektif untuk memperkaya dan mempromosi penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. 20 tahun lebih telah berlalu dan Bahasa Melayu kini telah tercemar dengan pelbagai kata-kata pinjaman daripada bahasa-bahasa lain. Adakah in maksud "memperkayakan" bahasa Melayu? Jika inilah maksudnya, apakah bezanya jika kita mempelajari bahasa inggeris tetapi dengan ejaan yang berlainan. Cubalah anda membaca Kamus Dewan dan anda akan memahami maksud saya.
Malaysia kini berusia 48 tahun. Ini menandakan 48 tahun bebas dari kongkongan Inggeris dan Malaysia kini merupakan salah satu negara yang paling maju di rantau Asia Tenggara. Rakyat Malaysia mampu membangunkan Malaysia sehinggakan dunia kini tahu siapa kita. Walaupun dari segi fizikal, kita telahpun bebas and berupaya membangunkan negara kita tetapi cuba fikir, adakah kita benar-benar bebas atau masih dibawah kongkongan Inggeris? Dengan dukacitanya, jawapan saya ialah tidak. "Bahasa JIWA Bangsa". Bahasa merupakan jiwa bangsa kita, tetapi sekarang Bahasa kita....Bahasa yang mendefinasikan setiap rakyat Malaysia, sedang ditakluk semula oleh Bahasa Inggeris......Fikirkanlah, dimana jiwa setiap rakyat Malaysia kini berada?....fikirkanlah...............

ps. Jika tak suka bahasa melayu berhijrahlah ke luar negara. Macam saya.....:-P